AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Mampukah Mahathir pengaruhi keputusan Umno di Bagan Pinang?

Posted by amkpermatangpauh on September 23, 2009

Tekanan daripada pucuk pimpinan Umno nasional supaya parti itu meletakkan calon selain daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memuncak apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Barisan Nasional supaya tidak mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu demi menjaga imej.

Sebelum Mahathir seorang lagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga telah turut sama membuat kenyataan yang serupa dengan mengatakan kemenangan harus diperolehi dengan maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Pendirian Mahathir ini dan ramai lagi pimpinan Umno lain sudah tentu berbeza dengan keadaan sebenar di akar umbi.

Di sekitar bandar Port Dickson yang turut menempatkan kawasan pilihan raya Dun Bagan Pinang, kain-kain rentang dengan gambar Isa dan ucapan Selamat Hari Raya sudah mula digantung sejak sebelum berakhir Ramadhan lagi.

Mesej daripada penyebaran poster ini jelas: Isa mesti dicalonkan di Bagan Pinang supaya beliau dapat kembali ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selepas lima tahun.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu merupakan Adun Linggi sehingga tahun 2004 apabila beliau dipindahkan ke Parlimen Jempol dan kemudian menjawat jawatan menteri Wilayah Persekutan.

Beliau kehilangan jawatan kabinet itu pada pertengahan 2005 selepas digantung keahlian Umno kerana terbabit dalam politik wang semasa pemilihan parti pada September 2004.

Bermula dengan hasrat Umno Bahagian Teluk Kemang yang hanya mahu mencadangkan nama Isa sebagai calon tunggal, konflik timbul apabila timbalan presiden Parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih daripada satu nama supaya penilaian yang lebih objektif dapat dibuat.

Bagi penyokong Isa, mereka tidak berdiam diri dan membiarkan serangan peribadi daripada pimpinan Umno peringkat nasional terus tersebar.

Di laman-laman blog pro-Umno kisah sebalik tabir penggantungan Isa diceritakan semula dengan tujuan mendedahkan bahawa tindakan disiplin parti itu merupakan sebahagian daripada konspirasi pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak senang dengan pengaruh kuat Isa di akar umbi Umno.

Pada pandangan penulis, Isa sudah teraniaya terlalu lama dan kini masa yang sesuai untuk mendedahkan kebenaran. Tatkala nama Isa kembali menjadi sebutan ramai, pendedahan ini tepat masanya, kata satu tulisan dalam blog Another Brick In the Wall yang menerbitkan siri pendedahan bagaimana bekas naib presiden Umno itu digantung keahliannya.

Oleh itu kritikan terbaru Mahathir ini yang berbeza dengan pandangan umum akar umbi Umno sudah tentu agak mengejutkan.

Namun ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri itu mengkritik calon pilihan Barisan Nasional.

HarakahDaily.Net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: