AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

SKMM Salahguna Kuasa – Latheefa Koya

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

latheefa Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat portal berita Malaysiakini berhubung klip video demo kepala lembu memperlihatkan salahguna kuasa suruhanjaya berkenaan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya menyifatkan tindakan berkenaan dibuat bagi memberi tekanan kepada laman-laman web yang dianggap menjadi masalah kepada Umno Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan berkenaan juga bakal memberikan kesan buruk kepada Umno Barisan Nasional dalam usaha mereka cuba mengawal kebebasan penyampaian maklumat khususnya di internet.

“Jelas mereka mengambil tindakan untuk melindungi kes datangnya dari isu kepala lembu untuk melindungi pihak tertentu.

“Setakat ni saya rasa mereka tidak dapat mengawal tetapi akan cuba mengawal. Mereka sudah mula dengan tindakan akta hasutan dan sebaginya itupun sudah terlibat dalam tindakan campur tangan walaupun telah dijanjikan mereka tidak akan campur tangan dalam isu internet,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Latheefa berkata Malaysiakini mempunyai hak untuk tidak tunduk dengan desakan SKMM kerana klip-klip video berkenaan jelas merupakan satu fakta dan bukannya palsu.

Menurutnya, walaupun cuba mengawal internet kerajaan Umno Barisan Nasional mungkin menemui kegagalan.

“Mereka boleh cuba kawal tapi akhirnya penyampaian maklumat yang benar tidak boleh di kawal di internet kecuali mereka ingin menjadi seperti China terdapat tapisan dan jika ia berlaku kita akan ada masalah dalam isu perdagangan bebas dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkenaan.

SKMM dalam satu suratnya mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow’s head (28 Ogos) dan Hisham: Don’t blame cow-head protesters (2 Sept).

14 September lalu beberapa NGO dan hak asasi manusia serta penulis blog mengdakan demo bantahan di depan pejabat Malaysiakini terhadap tindakan SKMM.

Pengarah Institut Nasional Untuk integriti Pilihan Raya (NIEI) Amin Iskandar yang memimpin kumpulan berkenaan berkata, mereka mengutuk tindakan SKMM menyiasat 12 kakitangan Malaysiakini.

“Pada 8 Ogos pegawai SKMM menyiasat, tiba di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama untuk mengambil kenyataan kakitangan Malaysiakini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, editor, wartawan, jurukamera dan seorang kakitangan teknikal yang terlibat dalam penghasilan video kepala lembu di hadapan pejabat Bangunan Setiuausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Sidang Media Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin pada 2 September.

“Kami percaya tindakan SKMM malafede dan bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia dan hak asasi manusia, Artikel 19 semua orang mempunyai hak kebebasan pendapat dan ekpresi kebebasan termasuk memegang pendapat tanpa campur tangan dan mendapat maklumat dan idea dari mana-mana media,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya meminta kerajaan dan SKMM menghentikan siasatan yang melanggar hak asasi manusia itu sebaliknya menghormati maklumat yang disalurkan menerusi internet.

Menurutnya, tindakan berkenan tidak seharusnya berlaku setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaungkan slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: