AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Pemohonan DSAI Ditangguh… Sekali Lagi

Posted by amkpermatangpauh on September 17, 2009

DSAII

Mahkamah rayuan dan kuasa-kuasa khas hari ini tidak dapat memberikan keputusan berhubung rayuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar berkenaan melucutkan kelayakan pasukan pendakwaraya.

Keputusan yang sepatutnya diumumkan pada 2.30 petang hari ini ditunda esok.

Peguam yang mewakili DSAI, Sivarasa Rasiah dipanggil ke kamar hakim dan keluar beberapa lama kemudian memberitahu pihak media, mengenai penangguhan ini.

” Memberitahu bahawa beliau memerlukan lebih masa untuk menimbang hujah-hujahan yang dibuat semua pihak. Sebab itu dia buat keputusan untuk tangguh keputusan sehingga esok pada masa yang sama. Beliau juga memberitahu ini satu isu yang pelik di hadapan beliau. Perlu masa untuk memikirkannya” ujarnya.

DSAI telah memfailkan permohonan melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes beliau pada 11 Ogos lalu.

Permohonan ini dibuat lantaran tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail menandatangani sijil Seksyen 418A untuk membawa kes Anwar II dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Tindakan Gani ini diselar kerana ia menunjukkan campurtangannya dalam kes DSAI II. DSAI dalam afidavit beliau mendedahkan tindakan Peguam Negara merekacipta bukti dalam kes DSAI I.

Dengan Gani enggan berganjak dari kes ini, DSAI berkata Peguam Negara masih mahu menjadi tok dalang “memain tarik tali memanipulasi pendakwaan mengikut kehendaknya” sepertimana dalam kes DSAI I.

Demikian itu, DSAI memohon mahkamah mengisytihar pasukan pendakwaan yang prejudis dan berat-sebelah ini tidak layak mewakili Pendakwaraya.

DSAI menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

DSAI telah dituduh meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lepas walau bagaimanapun, tiada bukti klinikal yang disahkan oleh Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi.

Pendakwaraya telah menafikan pihak mereka mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan DSAI tidak bersalah, namun penafian ini disanggah keras pasukan pembelaan.

TVAntara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: