AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Jejak Fakir Part 1

Posted by amkpermatangpauh on September 16, 2009

logo

Jejak Fakir merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh AMK Permatang Pauh, merupakan satu program jiwa murni yang digerakkan bagi mencari dan mengagihkan bantuan kepada insan – insan yang memerlukan. Biasanya dijalankan pada bulan Ramadhan.

Pada 12 Sept. 2009 Program Jejak Fakir yang ke 4 telah dilancarkan oleh YB Senator Mustafa Kamal di Dewan Balai Islam, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya.

Antara kampung-kampung yang telah dilawati ialah Kampung Surau, Permatang Rawa, Padang Lalang, Kampung Belah Dua, Kampung Pertama,  Ampang Jajar dan tidak ketinggalan Sama Gagah.

Konvoi telah bergerak dari Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya pada pukul 10.00 pagi. Melibatkan 8 buah kenderaan.

001Pak Mus melancarkan program secara rasmi

05

Ke Rumah yang pertama di Kampung Surau

01

Menyerahkan sumbangan kepada Puan Rozita Md Isa seorang Ibu tunggalyang mempunyai 4 orang anak yang masih kecil didalam tanggungannya.

02

Puan Rozita dan AMK Permatang Pauh.

03

Puan Noraini Lazim, lumpuh separuh badan dari sejak berumur 17 tahun lagi.

04

Dihadapan rumah Puan Noraini, turut kelihatan suami beliau

06

Di Permatang Rawa, sumbangan diberikan kepada Mohd Amirul Hassan 22 tahun, yang merupakan seorang Remaja yang Kurang Upaya, beliau tiada kemampuan untuk berdiri mahupun berjalan secara normal.

07

Masih di Permatang Rawa, Adik Siti Hajar Husin 15 Tahun juga seorang anak yang kurang upaya, perlukan bantuan untuk menguruskan dirinya sendiri.

10

Di Padang Lalang, sumbangan disampaikan kepada wakil Encik Yahya Saad yang tiada dirumah ketika rombongan sampai. Encik Yahya merupakan seorang bapa tunggal warga emas yang tiada sumber pendapatan.

08

Melangkah meninggalkan Padang Lalang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: