Pelancaran Team Amal AMK Permatang Pauh
Posted by amkpermatangpauh on September 15, 2009
DSAI menerangkan kelebihan produk sumbangan KIMMAY Chemical
12 sept 09, Di dewan Balai Islam, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya pada pukul 5.30 Petang Team Amal AMK Permatang pauh telah dilancarkan secara rasminya oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
Team Amal AMK Permatang Pauh ini merupakan satu lagi cabang dari AMK Permatang Pauh selain dari Unit Kawalan Parlimen (UKP) yang telah sedia ada. Ditubuhkan khusus untuk membantu dan juga menjalankan kerja kerja amal disekitar Permatang Pauh. Keutamaan diberikan kepada Masjid-masjid dan juga surau-surau yang berada didalam jajahan Parlimen Permatang Pauh.
Keanggotaan pada awal penubuhannya pada 31 Ogos ialah 20 orang dan telah meningkat hingga seramai 50 orang anggota pada hari pelancaran rasminya iaitu hari ini (12 Sept.) Anggota berasal dari seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu Penanti, Seberang Jaya dan juga Permatang Pasir.
Ucapan perasmian dari DSAI
YB YB yang hadir
DSAI menerangkan sesuatu kepada wartawan
Amalan mereka yang pertama selepas dilancarkan ialah makan
Sebahagian dari anggota Team Amal AMK.
Kelihatan hanya sebahagian dari juadah berbuka puasa mereka.
Kepada warga Permatang Pauh yang berumur dibawah 35 tahun jika anda berminat untuk menyertai Team ini bolehlah menghubungi Saudara Amir Ghazali di no. 013-5848386
ainasakura said
ehem2… amboi… hehehe sebahagian ek.. sapa lagi tak tau dok meja sama.. lalalala..