AMK Dinner (delayed post)
Posted by amkpermatangpauh on September 14, 2009
Dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menjayakan program Jejak Fakir yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan tahun ini, Biro Penerangan AMK Permatang Pauh dengan kerjasama AMK Wanita telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam dan juga Pidato Perjuangan.
Dana dikumpulkan melalui kupon-kupon yang dijual kepada orang ramai dan juga seluruh ahli ranting yang berada dibawah PKR Cabang Permatang Pauh dengan harga RM10.00 setiap kupon.
Majlis dikelolakan sepenuhnya oleh AMK Wanita Cabang Permatang Pauh dengan dibantu oleh AJK-AJK AMK Cabang Permatang Pauh sendiri.
Majlis bermula pada pukul 9.00 malam hari Ahad 19 Julai 2009 bertempat diYayasan Aman.
Pidato yang bertemakan ” Revolusi anak muda, Pencetus merdeka negara” telah disampaikan oleh Saudara Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).
Gambar-gambar sekitar majlis.
Ucapan aluan oleh Saudara Amir
Para tetamu
Para tetamu
Ketika menyanyikan lagu keAdilan
Puisi dari Ketua AMK Permatang Pauh
Nasyid oleh anak-anak AJK AMK
Pidato dari Chegu Bard
AJK Majlis
Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah malam.
Leave a Reply