Program Jejak Fakir DUN Seberang Jaya
Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009
Program tahunan yang dijalankan oleh AMK Permatang Pauh iaitu Program Jejak Fakir, Program yang digerakkan bagi menyampaikan bantuan berupa sumbangan wang ringgit dan juga barang-barang keperluan asas kepada fakir miskin, Ibu-ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya.
Program tahun ini akan dilancarkan oleh YB Senator Mustafa Kamal Yusoff (Pak Mus) di Bilik Gerakkan AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, pada 13 September 2009 jam 9.00 pagi.
Sumbangan akan disampaikan kepada 10 individu yang telah dikenal pasti di Kawasan DUN Seberang Jaya bermula dari Ampang Jajar dan akan berakhir diBandar Perda.
Sebarang sumbangan samada berupa material atau wang ringgit amatlah dialu-alukan, Jika anda sudi untuk menyumbang bolehlah menghubungi Setiausaha AMK Permatang Pauh iaitu Saudara Mahizan di talian 012-5305696
Leave a Reply