Pelancaran Team Amal AMK
Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009
Pada 12 September 2009, bertempat di Dewan Balai Islam Jalan Tenggiri (dibelakang Shell Seberang Jaya) ,Team Amal AMK Permatang Pauh yang dianggotai oleh seramai 50 orang anggota akan dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim secara rasminya.
Ditubuhkan dengan tujuan bagi membantu menjalankan kerja-kerja amal disekitar Parlimen Permatang Pauh, merupakan satu lagi unit beruniform dari AMK Permatang Pauh selain dari unit yang sedia ada iaitu UKP (Unit Kawalan Parlimen).
Keanggotaan adalah terbuka kepada semua ahli-ahli PKR Permatang Pauh yang berumur dibawah 35 tahun.
Jika anda berminat untuk menyertai Team ini sila hubungi Ketua AMK Permatang Pauh iaitu Saudara Amir Ghazali di No. Berikut 013-584 4836.
Leave a Reply