AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

DSAI Mahu Johor jadi milik Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

20090628202342_anwar keadilanKetua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah.”

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin.”

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil.”

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan.”

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati.”

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: