AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

KENYATAAN AKHBAR : YB S Manikavasagam mengenai isu mengarak kepala lembu

Posted by amkpermatangpauh on August 29, 2009

29 Ogos 2009

KENYATAAN AKHBAR YB S MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG INSIDEN MENGARAK KEPALA LEMBU KE BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM.

Saya amat terkejut melihat tindakan melampau oleh segelintir Penduduk seksyen 23 Shah Alam yang mengarakkan Kepala Lembu ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menempatkan pejabat Kerajaan Negeri Selangor.

Perbuatan membawa kepala lembu serta menendang lambang binatang suci penganutAgama Hindu ini jelas bertujuan memperbangkitkan kemarahan seluruh penganut Hindu bukan sahaja di Malaysia malah seluruh Dunia.

Saya juga amat kesal akan tindakan pihak polis yang hanya memerhatikan cubaan mengapi-apikan kemarahan rakyat Malaysia padahal mereka sanggup membelasah diri saya dengan pancutan air kimia dan gas pemedih mata sewaktu cubaan membuat laporan polis di Kuala Lumpur awal tahun ini. Saya amat pasti pihak polis telah pun mempunyai maklumat awal akan bantahan ini, kerana penempatan ahli-ahli mereka telah dilakukan awal-awal lagi. Tindakan “Talam Dua” pihak berkuasa Polis akan dikesali.

Golongan tersebut bukan sahaja mencerca YAB Dato Menteri Besar Selangor dan Barisan Exco Kerajaan Negeri yang dilantikan oleh DYMM Sultan Selangor malah mereka cuba mengapikan kemarahan rakyat Malaysia sambil menghina bulan Ramadan. Tidakkah tindakan mereka yang memperpolitikkan agama serta kata-kata mereka mengugat keamanan Negara malah sekiranya perarakan itu melibatkan kepala khinzir, adakah pihak polis akan berdiam diri. Saya berharap pihak Polis serta pejabat Peguam Negara memahami naluri setiap penganut agama Hindu yang sanggup bertolak ansur demi kesejahteraan Negara akan menahan dan mendakwa dalang-dalang di belakang insiden ini tanpa mengira jawatan dalam Kerajaan atau fahaman politik mereka. Saya berharap Perdana Menteri kita Najib dapat melaksanakan Satu Malaysia bukan Satu Malaysia dua standard.

Bantahan hari ini juga adalah akibat perbuatan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang gagal merancang penempatan disekitar sekysen 19 ,Shah Alam. Kerajaan Barisan Nasional amat mengetahui kewujudan kuil di situ sejak zaman Ladang Sungai Renggam tetapi sengaja dibiarkannya disitu agar ia menempuh padahnya sendiri.Sedemikian juga keadaan sebahagian besar kuil-kuil di Selangor.

Sikap sebegini ini jelas mengambarkan kegagalan konsep Satu Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, beliau berlindung disebalik Menteri Kabinet sebagai jurucakap bahawa polis akan mengambil tindakan menggambarkan kemungkinan perkara ini sebahagian rancangan beliau untuk menumpaskan Kerajaan Negeri Selangor dibawa pemerintahan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu saya berharap rakyat Malaysia terutama yang beragama Hindu agar bertenang menghadapi laluan getir ini. Pihak polis seharusnya bertindak professional bukannya bertindak mengikut fahaman politik ketua mereka. Dan kepada yang terlibat penyelesaian kepada masalah ini bukannya sukar tetapi ianya memerlukan pemahaman bahawa rakyat Malaysia bebas beragama serta sikap tolak ansur.

Sekian

YB S Manikavasagam

Ahli Parlimen Malaysia, Kapar

Advertisements

One Response to “KENYATAAN AKHBAR : YB S Manikavasagam mengenai isu mengarak kepala lembu”

  1. […] Posted in Kenyataan Akhbar | Leave a Comment » […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: