AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for August 27th, 2009

Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena

Posted by amkpermatangpauh on August 27, 2009

Ong Tee KeatKUALA LUMPUR, 27 Ogos – Walaupun selepas memecat Timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sepatutnya boleh tidur lena malam tadi, tetapi belum tentu beliau dapat menikmatinya.

Ketika Ong mempengerusikan mesyuarat memecat Chua di ibu pejabat MCA malam semalam, pada sebelah paginya satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak cukup dengan itu, dalam pemberontakan terbuka terhadap beliau, pada sebelah petangnya, enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat menuntut Ong digantung dari parti yang dipimpinnya itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Chua Soi Lek dipecat

Posted by amkpermatangpauh on August 27, 2009

Datuk_Seri_Chua_Soi_LekKUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini.

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan?

Posted by amkpermatangpauh on August 27, 2009

zaid-ibrahim-dropped-from-bn-listRasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan. Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh UMNO dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hassan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa. Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minumam itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu. Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Read the rest of this entry »

Posted in Dari Blog pilihan | Leave a Comment »