AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Ustaz Salleh Man MENANG!!!

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

PERMATANG PASIR / SALLEH MAN

PERMATANG PAUH  25 Ogos – Tepat jam 7.31 petang, Calon PAS Ustaz Salleh Man yang mewakili Pakatan Rakyat diisytiharkan menang kerusi DUN Permatang Pasir mengalahkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi,meninggalkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

PAS menang dengan majoriti besar, walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun 2008.

Dengan keputusan itu, Ustaz Salleh yang telah bertarung enam kali mewakili PAS akhirnya di berikan kemenangan atas berkat usaha dan istiqamahnya dalam perjuangan.

Keputusan pilihanraya tersebut juga merupakan satu rekod baru Pakatan Rakyat mengalahkan BN kali yang ke tujuh, setelah kali terakhir menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Keputusan pilihanraya tersebut juga merupakan satu rekod baru Pakatan Rakyat mengalahkan BN kali yang ke enam, setelah kali terakhir menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ia juga akan terus menyebabkan UMNO/BN ketinggalan dan menolak semua dakwaan pemimpin UMNO/BN bahawa mereka berupaya mencapai keputusan yang lebih baik di Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man menyifatkan kemenangan yang dicapai adalah kemenangan semua pihak yang turut membantu merealisasikan kemenangan DUN Permatang Pasir.

“Kejayaan ini adalah kejayaan semua” kata YB Salleh Man ketika menerima keputusan penuh undian PRK N11 di Markas Induk Permatang Pasir lebih kurang jam 6:50 petang tadi dengan diiringi sorakan takbir oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Markas Induk PRK N11 Permatang Pasir.

Ustaz Salleh Man mencapai 4,551, kurang 882 daripada yang diperolehi oleh bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

BERITA SEBELUM INI

Permatang Pasir – Pengiraan Undi Sedang Berlangsung, PAS Mendahului 4,000 undi ?

PERMATANG PAUH –  Pakatan Rakyat sudah hampir mencipta rekod baru dengan kemenangan terbaru mengalahkan Barisan Nasional di Permatang Pasir.

Calon PAS, Ustaz Salleh Man dan Pengarah pilihanraya kecil Permatag Pasir, Dato’ Mahfuz Omar tiba dan kini sedang memasuki Dewan Putra, IKBN Bukit Mertajam – tempat pengumuman.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang kerusi dengan majoriti besar.

Menurut sumber PAS, calonnya Mohd Salleh Man mendapat 9,712 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,050 undi.

Bagaimanapun ia masih rendah daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Majoriti yang diraih Salleh 4,662, kurang 771 berbanding yang diperolehi oleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi

 

LAPORAN SEBELUMNYA

Semua lapan pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ditutup pada jam 5 petang tadi.

Sejumlah 73.1 peratus atau 14,832 orang keluar mengundi apabila proses pengundian dihentikan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata jumlah tersebut adalah dalam tempoh pengundian sejak ia dibuka jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding dengan peratusan yang keluar mengundi pada pilihanraya umum tahun lalu.

Pilihanraya umum tahun lalu menyaksikan 82.5 peratus atau 16,803 orang keluar mengundi.

Hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang mengharapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 20,290 pemilih keluar mengundi hari ini tidak kesampaian.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Keputusan semasa menurut perkembangan terkini yang disepakati oleh Pakatan Blogger, Calon PAS mendahului dengan undi majoriti 3374 undi.

Ustaz Salleh mendapat 5,646 undi manakala Rohaizat mendapat 2272

Manakala Blogger Anil Netto melaporkan calon PAS, Ustaz Salleh Man telah pun mendapat majoriti melebihi 4,000 undi.

Beliau turut melaporkan PAS telah memenangi enam dari sembilan Unit Peti Undi (UPU) dengan majoriti diantara 275 hingga  594.

 

Sumber : BuletinOnline

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: