AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for August 26th, 2009

Muhyiddin PENIPU!!.. kata Tun Mahathir..

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

Tun Mahathir

~Tan sri Muhyiddin bercakap benar tentang saya memujuk beliau untuk membekalkan air  keSingapura. Tetapi Lee Kuan Yew tidak mengugut untuk memerangi Malaysia jika kita tidak  membekalkan air ke Singapura, jika dia bertindak demikian saya fikir saya akan hentikan semua  bekalan seterusnya.

Itu adalah terjemahan dari tulisan Tun Mahathir didalam Blog beliau  hari ini..

Maksud beliau ialah Muhyiddin telah menipu 1Malaysia dengan mengatakan bahawa Singapura  akan memerangi Malaysia jika Malaysia tidak mahu meneruskan membekalkan air ke Singapura.

Baca keseluruhan tulisan beliau yang aku copy dan paste di bawah..

1. Tan Sri Muhyiddin spoke the truth about my persuading him to supply water to Singapore (read here). But Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water. If he had done that, I think I would have stopped any further supply.

Read the rest of this entry »

Posted in Dari Blog pilihan | Leave a Comment »

Sultan Kedah perkenan Adun Lunas digugurkan daripada jawatan Exco

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

n_pg01radzhi

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Penghargaan dan Tahniah Daripada DSAI

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

25 Ogos 2009

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Posted in Kenyataan Akhbar, PRK N11 | Leave a Comment »

Ustaz Salleh Man MENANG!!!

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

PERMATANG PASIR / SALLEH MAN

PERMATANG PAUH  25 Ogos – Tepat jam 7.31 petang, Calon PAS Ustaz Salleh Man yang mewakili Pakatan Rakyat diisytiharkan menang kerusi DUN Permatang Pasir mengalahkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS/Pakatan Rakyat Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi,meninggalkan calon UMNO/BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

PAS menang dengan majoriti besar, walaupun merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya umum tahun 2008.

Dengan keputusan itu, Ustaz Salleh yang telah bertarung enam kali mewakili PAS akhirnya di berikan kemenangan atas berkat usaha dan istiqamahnya dalam perjuangan.

Keputusan pilihanraya tersebut juga merupakan satu rekod baru Pakatan Rakyat mengalahkan BN kali yang ke tujuh, setelah kali terakhir menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N11 | Leave a Comment »

DSAI mengundi di SK Seri Penanti

Posted by amkpermatangpauh on August 26, 2009

anwarpermatangpasir-250x166 PERMATANG PAUH – Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi  mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang Sehingga jam 9 pagi – 14% keluar, pada  jam 11 pagi – 38.9% keluar dan sehingga jam 12 tghari – 47.2% keluar mengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan  perkembangan  perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan  kemajuan, lebih  baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

LAPORAN SEBELUMNYA

Proses pengundian di lapan pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi ini untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berjalan lancar.
Sehingga jam 9 pagi, seramai 2,966 orang atau 14 peratus pengundi telah mengundi di 39 saluran di lapan pusat mengundi.

Suasana pengundian pagi ini agak tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang hujan turun pada sebelah petang.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N11 | Leave a Comment »