AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

UMNO atau Bar Council yang bohong??

Posted by amkpermatangpauh on August 20, 2009

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Isu hero Umno yang dilayangkan kad merah oleh Majlis Peguam menimbulkan persoalan adakah para pemimpin Umno bercakap bohong atau Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang berbohong.

Persoalan itu berbangkit apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menabalkan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebagai “wira”.

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sekali lagi mengulangi dakwaan para pemimpin Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai “wira”.

Walaupun Ahmad melakukan percubaan yang melelahkan untuk membela “wira” tersebut, 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Rohaizat terhadap keputusan Majlis Peguam yang memecatnya.

ragunathMenurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Jika benar rakan Rohaizat yang bersalah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno, tidak diketahui mengapa Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Majlis Peguam memecat “wira” Umno itu.

Isu wira Umno dibuang padang oleh Majlis Peguam itu juga menimbulkan persoalan siapakah yang berbohong.

Silih berganti para pemimpin Umno menuduh rakan Rohaizat dalam firma guamannya yang bersalah.

Sedangkan, Ragunath pula menyatakan, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

“Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

“Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah,” katanya lagi.

Ketika memberikan pendapat peribadinya mengenai perkara itu dalam sebuah laman blog, seorang peguam yang juga kolumnis sebuah akhbar tempatan, Elviza Michele Kamal menjelaskan, Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang dilantik untuk mendengar perbicaraan salah laku peguam bukan calang-calang peguam.

“Paling kurang, pengalaman bertikam lidah dalam mahkamah selalunya berdekad lama.

“Secara peribadi, saya tak rasa Majlis Peguam terkhilaf, apatah lagi apabila Mahkamah Tinggi sendiri telah menolak rayuan perayu,” kata blogger tersohor itu.

Jika Ragunath tidak berbohong, adakah para pemimpin Umno berbohong?

Jika para pemimpin Umno berbohong mengenai status Rohaizat, isu utama bukan lagi isu pemecatan Rohaizat tetapi isu pembohongan.

Jika para pemimpin Umno yang membela Rohaizat itu berbohong, ia sekaligus meletakkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sebagai pembohong kerana beliau mendakwa “kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong”.

“Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong,” kata Timbalan Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mengiringi Rohaizat ketika penamaan calon pilihan raya kecil itu.

Sumber : HarakahDaily.Net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: