PERMATANG PAUH, 19 Ogos: Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.
Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh media pro Umno dengan tajuk hebat, “Peguam syarie lawan ahli perniagaan” untuk membayangkan status calon BN itu.
PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato’ Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya ‘Peguam’ dalam borang penamaan calonnya kelmarin.