AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on August 17, 2009

Permatang Pauh, 13 Ogos – Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, akan disempurnakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 jam 5 Petang di Permatang Pasir.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi berkata, Jentera Pemuda Pakatan Rakyat ini akan dikerahkan semaksima mungkin untuk mempertahankan kemenangan Pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dari Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara.

“Semoga semua pemuda dari negeri-negeri telah siap jadual bertugas ke Permatang Pasir dan hadir semua pada hari raptainya iaitu Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat. Majlis ini akan berlangsung pada 16 hb Ogos nanti tepat jam 5 petang,” kata beliau dalam satu kenyataan di blog peribadinya semalam.

Beliau dalam tulisannya itu memaklumkan, bahawa Pemuda Pakatan Rakyat dari seluruh negara juga akan berkampung di Permatang Pasir sehingga keesokkan harinya untuk memberi sokongan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 17 Ogos nanti.

Selain itu, beliau turut berharap agar seluruh anggota pemuda dapat memberikan komitmen yang terbaik sekaligus tenaga tersebut diberikan seikhlasnya untuk terus memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

“Ok! Pemuda, kita jumpa di Permatang Pasir 16hb ini untuk terus mengerahkan tenaga, idea, wang ringgit demi sebuah perjuangan yang kita dokong. Saya bangga dengan kalian semua!,” tulis beliau lagi.

Sumber : N11 DUN Permatang Pasir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: