AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for August 17th, 2009

Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on August 17, 2009

Permatang Pauh, 13 Ogos – Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, akan disempurnakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 jam 5 Petang di Permatang Pasir.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi berkata, Jentera Pemuda Pakatan Rakyat ini akan dikerahkan semaksima mungkin untuk mempertahankan kemenangan Pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dari Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara.

Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti, PRK N11 | Leave a Comment »

Ustaz Salleh Man akan menentang Setiausaha Umno di Permatang Pasir

Posted by amkpermatangpauh on August 17, 2009

PERMATANG PASIR, 14 Ogos – Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man sah akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Ustaz Salleh (Sebelah gambar Tok Guru tu) sebagai calon PAS dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, sebentar tadi.

Ustaz Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

Posted in PRK N11 | Leave a Comment »