AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

KENYATAAN MEDIA : PRK DUN N11

Posted by amkpermatangpauh on August 13, 2009

KENYATAAN MEDIA : PRK DUN N11

12 Ogos 2009

AMK Permatang Pauh akan menyokong sesiapa sahaja calon yang bakal dipilih oleh Pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam meneruskan obor perjuangan yang telah dirintis dengan cemerlangnya oleh Allahyarham TB Dato Mohd Hamdan Abdul Rahman, beliau adalah permata yang menyinari aspirasi semangat Pakatan Rakyat yang tiada tolok bandingnya. AMK amat berharap agar tokoh yang bakal dicalonkan untuk berdepan dengan rejim UMNO/BN diPermatang Pasir adalah tokoh yang mempunyai semangat dan ciri-ciri sedemikian.

AMK Permatang Pauh akan menggerakkan seluruh jentera bagi membantu Jentera PAS bagi memastikan DUN Permatang Pasir kekal ditangan PAS dan PR khususnya. Matlamat kita adalah meningkatkan lagi majoriti dari 5433 kepada melebihi 6000 undi, InsyaAllah..

AMK Permatang Pauh menggesa agar tiada mana-mana pihak, samada dari PKR mahupun PR mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menganggu gugat semangat setiakawan dan muafakat yang telah dipersetujui. Fahamilah dulu apa definasi PAKATAN itu sendiri.

AMK sebagai penggerak perubahan dan pengamal budaya politik baru, menyeru seluruh pendukung  Angkatan Muda samada dari Cabang atau Ranting agar BANGKIT!! BANGKIT!! Kita patahkan serangan jahat dari media massa dan jentera rejim UMNO/BN walaupun mereka memuntahkan dakyah dan propaganda yang menjijikkan.

Kebijaksanaan warga Permatang Pasir telah terbukti selama 3 penggal hinggakan rejim UMNO/BN yang rakus gagal menggoda pengundi untuk mengangkat mereka sebagai pemenang.

Insyaallah dengan izinNya dan kekuatan semangat rakyat yang inginkan perubahan besar terhadap negara tercinta. AMK bersedia berkorban untuk DUN Permatang Pasir.

UNDILAH CALON PAS!!!!

Amir bin Haji Ghazali
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Naib Ketua AMK Pulau Pinang.

Advertisements

One Response to “KENYATAAN MEDIA : PRK DUN N11”

  1. Anak Kampung Tok Elong said

    Permatang Pasir adalah jiran kita…. mari kita sama-sama berjuang…

    Depa buat pasal lagi….(penamaan calon hari ISNIN…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: