AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for August 11th, 2009

Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan

Posted by amkpermatangpauh on August 11, 2009

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KeAdilan untuk semua!!

Posted by amkpermatangpauh on August 11, 2009

Saya telah dijemput oleh Sdr Johari Shafie dan badan perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perlis untuk berceramah di Kangar pada malam 8 Ogos.  Apa yang menarik hati saya adalah minat dan semangat yang ditunjukkan oleh KeADILan Perlis, walaupun setakat ini belum memenangi sebarang kerusi dan kini sedang dalam proses untuk menambah jumlah ahli.  Saya gembira melihat kesungguhan dan komitmen. Saya juga berkesempatan berkenalan dengan Sdr Firdaus, seorang anak muda dari Pulau Pinang yang aktif dan berminat dalam politik. 

Read the rest of this entry »

Posted in Dari Blog pilihan | Leave a Comment »

Takziah kepada keluarga Sdr. Ahmad Azrizal bin Tahir..

Posted by amkpermatangpauh on August 11, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AMK Cabang Permatang Pauh mengucapkan Takziah khas kepada keluarga Sdr. Ahmad Azrizal bin Tahir, Ketua Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru diatas kembalinya ke rahmatullah bapa mertua beliau pagi 8 Ogos 2009 yang lalu setelah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang pada 07 Ogos 2009.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama kalangan para solihin. Amin.

” Innalillah Wa Inna Lillahi Rojiun ” ~ ‘ dari Dialah kita telah dijadikan, dan kepadaNya jualah kita kembali..’

Al – Fatihah buat Allahyarham.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

51 Tahun berlalu, siapa khianat amanah nusa dan hak rakyat?

Posted by amkpermatangpauh on August 11, 2009

Seusai majlis di Shah Alam semalam, saya pun menuju ke Kemaman bagi menghadiri acara yang disusun Cabang Kemaman dan Perhubungan Negeri Terengganu.

Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »