AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Anwar: Serah Dulu Royalti Minyak Kelantan, Baru Bicara Soal Jambatan

Posted by amkpermatangpauh on July 14, 2009

20090713114013_Anwar_ibrahimKetua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas janji Umno membina jambatan baru untuk pengundi Manek Urai sekiranya BN menang dalam pilihanraya kecil itu.

Anwar berkata Umno perlu menyerahkan semula RM1 bilion royalti minyak yang dihutang Umno-BN kepada rakyat Kelantan sejak 2004.”Jangan cakap pasal jambatan, serah kembali RM1 bilion dan biarkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) uruskannya.

Disini mereka cakap pasal RM6 juta, RM7 juta kerana mereka fikir rakyat bodoh,” kata Anwar dalam satu ceramah di Sungai Peria, Kuala Krai.Umno memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai – samada undi Pas atau undi untuk jambatan. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru menhubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya Umno menang dalam pilihanraya nanti.

Namun sepanjang kempen Pas di Manek Urai, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan melangsaikan hutang royalti minyak yang dinafikan kepada kerajaan negeri Kelantan sejak 2004.

Exco Kerajaan Negeri Husam Musas bertegas Kelantan berhak kepada royalti minyak selaras dengan akta Petroleum di mana negeri berhak kepada royalti sebanyak lima peratus apabila didiisytihar sebagai pengeluar minyak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: