AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Ada Unsur Seleweng Dalam Penjualan Tanah Kg. Buah Pala

Posted by amkpermatangpauh on July 14, 2009

20090713210536_buah pala

Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia SPRM susulan terdapat beberapa perkara yang mencurigakan berhubung penjualan tanah Kampung Lorong Buah Pala, Bukit Gelugor.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Osman dan Timbalan Ketua Menteri II, Profesor P. Ramasamy memfailkan laporan penyelewengan selepas mendapati Kerajaan Koh Tsu Koon telah menjual tanah kampung Lorong Buah Pala dijual kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) pada harga yang tidak munasabah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah membentuk satu jawatankuasa khas pada Jun lalu bagi menyiasat kes Kampung Lorong Buah Pala. Siasatan mereka mendapati pihak kerajaan negeri yang lepas telah menjual tanah orang kampung kepada KPKPP dengan potongan harga sebanyak 50 peratus dari harga asal iaitu RM6,420,000 kepada RM3,210,000 atau RM10 bagi satu kaki persegi.

KPKPP kemudiannya menjual tanah itu kepada pemaju Nusmetro Sendirian Berhad.

Prof. Ramasamy berkata, penjualan tanah tersebut tetap diteruskan pada 25 April 2007 walaupun ahli EXCO pada masa itu, Dato’ Dr. Teng Hock Nan tidak bersetuju kerana tidak mendapat persetujuan daripada pihak penduduk kampung terlebih dahulu.

Menyedari bahawa hak penduduk kampung dinafikan, Mansor dan Prof. Ramasamy bergegas memfailkan laporan kepada Ketua Penolong Pengarah SPRM, Mohd. Noor Abdul Rahman dengan dihadiri oleh S.N Rayer sebagai peguam bagi kes ini.

Prof. Ramasamy berkata, penduduk kampung kini sedar bahawa yang merampaas tanah kampung tersebut ialah kerajaan negeri BN iaitu dibawah pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ini berikutan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran tengahari tadi telah membuat permohonan maaf kepada pihak Kerajaan Negeri berhubung perbalahan yang telah berlaku sebelum ini.

Dalam permohonan tersebut, M. Sugumaran telah bersetuju untuk mengadakan rundingan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Rabu ini di pejabat YAB Lim tanpa dihadiri oleh peguam mereka, Dushan Sigh.

Prof. Ramasamy juga berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pegawai SPRM untuk menyiasat perkara ini tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah SPRM, Mohd. Noor Abdul Rahman ketika ditemui berkata, pihaknya telah menyiasat laporan yang telah dikemukakan oleh penduduk kampung pada Jun lalu berikutan terdapat penyelewengan terhadap status pemilikan tanah kampung tersebut namun tiada unsure-unsur penyelewengan seperti yang didakwa sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat dengan lebih terperinci dan adil.

Sumber : TVAntara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: