AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

AMK bantu selesai masalah longkang

Posted by amkpermatangpauh on July 9, 2009

PERMATANG PAUH – Satu gotong-royong anjuran Biro Kebajikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh dengan kerjasama peniaga medan selera Lengkok Tenggiri diadakan bagi menyelesaikan masalah longkang tersumbat.

Ketua AMK Permatang Pauh, Amir Md Ghazali berkata, gotong-royong ini hanya memberi tumpuan terhadap kerja-kerja pembersihan longkang.

Menurutnya, AMK mula mendapat aduan daripada para peniaga yang menyatakan perasaan bimbang berikutan longkang yang sering tersumbat.

“Longkang di medan selera ini sering kali tersumbat dan mendatangkan masalah kepada peniaga walaupun sudah berkali-kali dicuci.

“Punca utama masalah yang dihadapi oleh peniaga adalah sistem saliran yang tidak sempurna,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Amir berkata, peniaga turut menyatakan perasaan bimbang berikutan sering dilanda banjir jika hujan lebat turun tanpa henti.

Sementara itu, seorang peniaga Jaafar Ismail, 53, berkata, masalah ini tidak pernah selesai sejak beliau mula berniaga 17 tahun lalu.

“Longkang ini sering kali tersumbat disebabkan sampah dari aliran longkang di bahagian atas yang membawa sampah ke longkang di bahagian medan.

“Kami berharap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah ini dari akar umbi supaya ianya tidak akan berulang kembali,” katanya.

Menurutnya, semua peniaga telah berusaha menjaga kebersihan dan punca longkang tersumbat adalah daripada sampah dari kawasan lain yang melalui medan selera.

Peniaga juga berharap agar pihak bomba dapat membantu menyembur longkang tersumbat agar dapat mengurangkan masalah ini.

“Ini bukan kali pertama gotong-royong sebegini diadakan tetapi telah kerap kali dan perkara ini akan berterusan jika punca utama tidak diselesaikan,” katanya.

Gotong-royong ini adalah anjuran bersama AMK Permatang Pauh, peniaga medan selera dan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Sumber : Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: