AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Keadilan Akan Bantu Kemenangan PAS

Posted by amkpermatangpauh on July 7, 2009

20090707190645_azmin ali

Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata parti itu telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan jenteranya di tiga daerah mengundi dalam kawasan DUN Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil itu.

“Kita akan membantu untuk memastikan pengundi Manek Urai yang menetap di luar daerah termasuk di Kuala Lumpur yang berjumlah hampir 1,700 orang pulang mengundi. Kita akan cuba hubungi seramai yang mungkin untuk mengundi pada 14 Julai nanti,” katanya.

Menurutnya, selain isu di peringkat negeri yang memerlukan kepimpinan telus dan bertanggungjawab, di peringkat nasional seperti isu royalti minyak di Kelantan yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Di manakah komitmen Perdana Menteri tentang soal 1Malaysia apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya membongkar penyelewengan di mana royalti minyak untuk rakyat Kelantan tidak pernah dibayar. Sekiranya royalti ini dibayar sudah tentulah Kelantan akan jauh lebih maju dan boleh dibangunkan,” katanya.

Justeru itu katanya, PR akan memberikan kesedaran kepada rakyat di Manek Urai bukan sekadar mengekalkan kemenangan tetapi memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan dan menuntut kerajaan menunaikan janji sepertimana yang dilaungkan melalui konsep 1Malaysia dan pembaharuan yang ingin dilakukan.

Sumber : TVAntara

Advertisements

One Response to “Keadilan Akan Bantu Kemenangan PAS”

  1. wfaedf said

    Kerajaan Be-END tak habis2 dengan agenda menipunnya, untuk menipu rakyat..yang terbaru, 11 hadiah dari Najib konon, kalau diperhatikan dan diperhalusi hanya 5 hadiah aje boleh pakai, 6 lagi amat mengelirukan dan mereka-reka… Yang terbaru lagi yang dicanangkan dalam akhbar kononnya peruntukan 1.7 billion untuk pendidikan di Kelantan, hahahaha, dalam bentuk apa? Mana wangnya? Jangan nak gula-gulakan rakyat dengan sesuatu yang tak nampak di depan mata… Ecer yang dijanjikan dulu satu habukpun tarak, jambatan kedua kota bharu yang dijanjikan sampai sekarang sepi walhal syarikat kroni Najib seperti Redland dan Ris Capital sudah dapat habuan-habuan mereka yang mana kalau diletakkan dalam akaun simpanan tetap, sudah bercambah-cambah wangnya. Ko jangan nak menipulah wahai Najib bengong… Kalau memang dasar ko tu entah apa-apa, pasti apa saja yang ko buat akan terbocor sana sini idea mereka-reka… Mereka ingat ini zaman apa, nak bodoh-bodohkan rakyat dengan sesuatu janji yang tak nampak di mata seperti nak bina jalan-jalan tambahan di sabah sarawak, wang 15juta untuk usahawan india dan macam2 lagi idea yang mana janji akan tinggal janji..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: