AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Mahkamah Rayuan tolak permohonan DSAI

Posted by amkpermatangpauh on July 2, 2009

20090702173350_anwar_ibrahim3KUALA LUMPUR, 2 Julai – Mahkamah Rayuan menolak rayuan bersabit permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan keputusan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim hari ini menyampaikan keputusan lisan itu , meluluskan permohonan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.Perbicaraan tersebut akan dimulakan di Mahkamah Tinggi mulai 8 Julai.

Gani, telah membuat permohonan berkenaan walaupun beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes itu

Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan peguam Negara berkenaan mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Langkah Mahkamah Rayuan hari ini meluluskan pemindahan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi atas permintaan Peguam Negara dilihat sebagai memperakukan campurtangan Gani dalam kes berkenaan.

Pelbagai pihak telah mengecam Gani kerana dikatakan terbabit dalam memalsukan keterangan dan bukti bersabit insiden mata lebam Anwar pada 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan ketika itu.

Antara yang mengesahkan dakwaan pemalsuan bukti terhadap Gani ialah pegawai kanan polis Datuk  Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak segala bukti dan keterangan bersabit prilaku Gani.

“Saya berharap keputusan hari ini bukan detik permulaan ulangan pengalaman yang ditempuhi oleh Anwar pada perbicaraan1998/99 di mana beliau tewas dalam semua kesnya walaupun mempunyai bukti yang kukuh dan dipenjarakan enam tahun.

Beliau dibebaskan hanya selepas berjaya pada rayuan peringkat akhir.

Sumber : TVAntara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: