AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Mahkamah tangguh dengar permohonan tuntutan dokumen Anwar Jumaat ini

Posted by amkpermatangpauh on July 1, 2009

DSAIKUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) – Permohonan tuntutan dokumen berkaitan kes liwat Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya diputuskan untuk didengar Jumaat ini.

Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan Mahkamah Tinggi yang bersidang hari ini menangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan tuntutan dokumen berkaitan kes liwat tersebut.

Terdahulu, peguam Anwar, Sankara Nair membuat permohonan bagi menangguhkan semua prosiding berkaitan di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai.

Begitupun Timbalan Pendakwa Raya, Norin Badaruddin membantah permohonan tersebut.

Bantahan itu dibuat dengan alasan bahawa satu tarikh perlu ditetapkan bagi perbicaraan tuntutan ini dijalankan sebelum perbicaraan kes liwat ini bermula seperti yang dijadualkan pada 8 Julai ini.

Bantahan itu diterima hakim, dan memutuskan satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergendala kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Anwar pula tidak hadir pada prosiding hari ini kerana menghadiri prosiding di Mahkamah Rayuan.

Di Mahkamah Rayuan Putrajaya pula, mahkamah telah selesai mendengar rayuan Anwar Ibrahim berhubung keputusan dipindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.Keputusan akan diumumkan pukul 3 petang esok.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

 

Sumber : HarakahDaily.Net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: