AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Permohonan Rayuan DSAI Ditunda Esok (30 June)

Posted by amkpermatangpauh on June 29, 2009

20090629162530_anwarVSsaiful

Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantah pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, ditangguhkan pada 2.30 petang esok.

Mahkamah Seksyen sebelum ini menolak permohonan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, kerana Tan Sri Gani Patail diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes berkenaan. Keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, memaksa Anwar untuk merayu kepada mahkamah rayuan supaya kes itu dibicarakan di mahkamah seksyen seperti lazimnya untuk perbicaraan seumpama itu.

Hakim Abdul Wahid Embong yang mengetuai panel tiga hakim mahkamah rayuan menetapkan untuk mendengar permohonan ini esok selepas peguam Anwar, Sulaiman Abdullah memohon untuk penangguhan kerana mantan timbalan perdana menteri dan seorang lagi peguamnya, R. Sivarasa perlu menghadiri persidangan Parlimen.

Ketika ditemui pemberita, Anwar di tanya mengenai keputusan mahkamah tinggi menetapkan perbicaraannya atas pertuduhan liwat pada 8 Julai iaitu pada hari sama permohonannya di dengar untuk membatalkan pertuduhan itu kerana ia berniat jahat dan menyalahi proses mahkamah.

“Ia amat luar biasa. Sepatutnya mahkamah mendengar permohonan dulu tetapi mereka menetapkan tarikh perbicaraan pada hari sama. Sepatutnya mereka mendengar dulu permohonan saya membatalkan pertuduhan. Itulah prosesnya. Kita mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong permohonan kita, umpamanya rekod SPRM dan polis. Mereka tak boleh ketepikan begitu sahaja,” kata Anwar.

Anwar memohon membatalkan pertuduhan itu setelah laporan Hospital Kuala Lumpur oleh tiga pakar mendapati tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan kononnya dia diliwat. Sebelum itu pemeriksaan doktor di Hospital Pusrawi ke atas Saiful turut membuat rumusan yang sama.

Sumber : TVAntara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: