Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantah pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, ditangguhkan pada 2.30 petang esok.
Mahkamah Seksyen sebelum ini menolak permohonan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, kerana Tan Sri Gani Patail diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes berkenaan. Keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, memaksa Anwar untuk merayu kepada mahkamah rayuan supaya kes itu dibicarakan di mahkamah seksyen seperti lazimnya untuk perbicaraan seumpama itu.