AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Anwar: PKR Tetap Tolak PPSMI

Posted by amkpermatangpauh on June 28, 2009

20090628202342_anwar keadilan

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI.  “Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara,” Kata Anwar.

Datuk Seri Anwar bagaimanapun menyatakan PKR memberi sokongan padu kepada usaha mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, dengan syarat ia bersandarkan perancangan teliti.

“Kita menyokong langkah memperkukuh dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kerana kita dapat kesan mutu Bahasa Inggeris di Malaysia kian lemah. Tapi caranya harus diputuskan oleh pendidik, mengambil kira dasar pendidikan negara dan persiapan yang harus dibuat. Tidak adil sama sekali dan tidak wajar kalau dimulakan dengan memaksa anak- anak wajib lulus Bahasa Iggeris diperingkat SPM kerana ini sekali lagi mengorbankan pelajar- pelajar diluar bandar.” Tambahnya lagi.

Di minta mengulas langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional, Datuk Seri Anwar berpendapat, mana- mana pelajar yang cermerlang dan berkelayakan memang berhak mendapatkan bantuan kewangan.

“Biasiswa harus ada program yang mengiktiraf hak semua rakyat mengikut kemahiran, kepakaran, kecemerlangan disamping itu anak- anak yang miskin bantuan, semua program kita harus mengambil kira hal yang sama. Dasar itu harus telus.” Ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: