Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI. “Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara,” Kata Anwar.