AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for June 27th, 2009

Calon PAS di Manek Urai

Posted by amkpermatangpauh on June 27, 2009

fauzi 2

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) – Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Kes Rogol Penan sila dedahkan!!!

Posted by amkpermatangpauh on June 27, 2009

20090625212334_zuraida parlimenMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil digesa mendedahkan hasil siasatan kes rogol dan penderaan seksual lain keatas wanita, gadis bawah umur kaum Penan di Sarawak oleh pembalak di Baram.

Laporan pertama kes seumpama itu telah didedahkan sejak tahun 1993. Hanya pada 27 Mei lalu, Sharizat menyerahkan hasil siasatan terhadap isu itu kepada Jemaah Menteri.Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menggesa Sharizat supaya mengumumkan hasil siasatan berkenaan untuk mencerminkan ketelusan dalam membela nasib kaum minoriti dinegara ini.”Wanita Keadilan menuntut agar Sharizat segera mengedar laporan tersebut kepada umum agar dapat diteliti dan bersama mencari penyelesaian terhadap perlakuan sesuka hati pemangsa dalam penderaan dan keganasan seksual keatas wanita, gadis dan anak- anak Penan yang lemah itu. Jika Menteri gagal berbuat demikian, ia seolah- olah membenarkan penerusan perbuatan keji itu oleh mereka yang sama sekali telah hilang sifat kemanusiaannya.” Ujarnya

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »