AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR cabar Shahrizat martabatkan wanita atau berhenti

Posted by amkpermatangpauh on June 23, 2009

20090623161439_ZURAIDAHWanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kata dua kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil — tingkatkan perwakilan wanita dalam kerajaan atau letak jawatan.
 
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata BN gagal memberi pengiktirafan sewajarnya kepada wanita sebagai sumber penting dalam pembangunan negara.
 
Beliau menambah Shahrizat perlu mengotakan janji menjadikan dasar kuota minimum 30 peratus perwakilan wanita di peringkat nasional.
 
“Umno, sebagai kepada parti utama BN, gagal memberi pengiktirafan sewajarnya kepada wanita. Sebagai seorang menteri, Shahrizat dikehendaki mengotakan janji dengan menjadikan dasar 30 peratus perwakilan wanita suatu kenyataan dalam pentadbiran negara. Ia harus dilakukan dalam tempoh enam bulan mendatang atau beliau meletakkan jawatan,” kata Zuraida.


 
Beliau berkata demikian di Parlimen hari ini bersama barisan pimpinan kanan Wanita PKR.Zuraida kesal Shahrizat tidak mampu melakukan apa yang terbaik untuk wanita di Negara ini“Walaupun tergolong di antara pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional, Shahrizat tidak mampu meningkatkan bilangan menteri wanita dalam Kabinet Umno-BN,”
 
“Budaya politik yang mencantas ahli-ahli politik berpengalaman mengheret Wanita Umno ke kancah kemerosotan. Sewajarnya pemimpin wanita berkaliber dibawa ke saf pimpinan dan bukan dipinggirkan,” kata Zuraida.
 
Zuraida juga menyanggah kenyataan Shahrizat yang mendakwa dasar minimum 30 peratus terbit dari dasar rumusan beliau.Pembohongan ini dilihat sebagai sesuatu yang serius dan Shahrizat digesa untuk tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa di masa akan datang tetapi sebaliknya menumpuksn perhatian kepada tugas menguatkan perwakilan wanita di peringkat nasional.
 
“Dasar 30 peratus perwakilan wanita diterbitkan dalam Persidangan Wanita Sedunia di Beijing lebih sedekad lalu. Ia kesepakatan yang diterjemahkan dalam Deklarasi Beijing di mana Malaysia menjadi salah-sebuah negara yang menandatanganinya,” jelas Zuraida.

Sumber : TV Antara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: