AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR Tidak Bantah Perbincangan Demi Kepentingan Negara

Posted by amkpermatangpauh on June 20, 2009

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) — Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara.

“Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

“Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya pendirian parti itu terhadap idea kerajaan perpaduan.

Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, di sini.

Katanya terma “kerajaan perpaduan” adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan UMNO.

“Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan,” katanya.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: