AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PAS : Tiga mesyuarat penting untuk meredakan krisis.

Posted by amkpermatangpauh on June 19, 2009

1906_nikKUALA LUMPUR, Jun 19— Sekurang-kurangnya tiga pertemuan penting akan berlaku selepas ini dijangka akan meredakan ketegangan dalam PAS.Terdekat adalah pertemuan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan Isnin ini di bangunan Parlimen yang bakal menemukan lima pemimpin tertinggi setiap parti dengan rakan-rakan komponen mereka.

Pertemuan itu dijangka akan menentukan sikap PAS, PKR dan DAP apakah mereka menerima atau tidak konsep kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.Ini kerana gagasan ini tidak pernah dibincangkan secara khusus di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dilihat bersetuju dengan konsep ini kerana beliau pernah bersama dengan Abdul Hadi dan Datuk Dr Haron Din bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bagi membincangkan hal ini.

1906_hadiDalam pertemuan di Parlimen Isnin ini, PAS akan diwakili oleh presiden, timbalan presiden, dua naib presiden dan setiausaha agungnya.Abdul Hadi kini masih berada di London dan hanya akan kembali ke tanah air Ahad ini. Apa-apa keputusan mesyuarat ini akan dibawa ke mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada malamnya yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Menurut sumber, mesyuarat khas ini akan membincangkan langkah yang perlu diambil oleh PAS ekoran krisis dalaman yang berlaku dalam parti itu ekoran gagasan kerajaan perpaduan.Untuk memantapkan lagi perbincangan di kalangan pimpinan tertinggi PAS ekoran krisis ini, PAS telah merancang satu retreat (pemukiman) khas 18 dan 19 Julai ini.Namun sehingga kini, di mana retreat ini akan didakan masih belum ditetapkan lagi.

Ketua Penerangan PAS yang baru dilantik, Idris Ahmad, telah diberikan amanah untuk menganjurkan retreat ini segera.”Saya cadangkan agar ia diadakan secepat mungkin tetapi oleh kerana kita berhadapan dengan pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai, retreat ini akan diadakan dihujung minggu itu juga iaitu pada Sabtu dan Ahad 18 dan 19 Julai,” kata Idris sebagaimana yang dilaporkan laman web Siasahdaily.

Krisis dalam PAS mencapai kemuncaknya apabila Mursyidul Am, Nik Aziz mencadangkan agar timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatannya khasnya sebagai anggota parlimen Bachok, Kelantan dan menyertai Umno.Kenyataan ini dihalakan Nik Aziz ekoran kenyataan positif Nasharudin terhadap kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata, “PAS jujur” ketika mencadangkan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan telah dikaitkan dengan usaha Umno untuk menarik PAS bersamanya beberapa hari selepas pilihan raya umum 2008 lalu.Padahal kerajaan perpaduan adalah gagasan Abdul Hadi agar semua parti di negara ini bersatu untuk menghadapi krisis ekonomi dunia dan kagawatan politik yang keterlaluan. Ia dicadang dan dilaporkan media awal tahun ini.

Sumber : The Malaysian Insider.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: