AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for June 19th, 2009

PAS : Tiga mesyuarat penting untuk meredakan krisis.

Posted by amkpermatangpauh on June 19, 2009

1906_nikKUALA LUMPUR, Jun 19— Sekurang-kurangnya tiga pertemuan penting akan berlaku selepas ini dijangka akan meredakan ketegangan dalam PAS.Terdekat adalah pertemuan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan Isnin ini di bangunan Parlimen yang bakal menemukan lima pemimpin tertinggi setiap parti dengan rakan-rakan komponen mereka.

Pertemuan itu dijangka akan menentukan sikap PAS, PKR dan DAP apakah mereka menerima atau tidak konsep kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.Ini kerana gagasan ini tidak pernah dibincangkan secara khusus di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Eksklusif: Kes Tuduhan Liwat

Posted by amkpermatangpauh on June 19, 2009

Eksklusif: Kes Liwat, Mengingati Semula Siapakah Dr.Zahari Noor Seorang Pakar Forensik HKL Yang Ditukar Ke Kuantan Kerana Pertahan Prinsipnya

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan
yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar.
Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Posted in Isu Semasa, Tuduhan liwat | 1 Comment »