AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Fenomena Bekas Umno Perlis Sertai PKR Berterusan

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

Semakin ramai ahli dan penyokong Umno di Perlis akan menyertai PKR dalam tempoh terdekat ini, kata seorang bekas pemimpin Pemuda Umno Perlis.

Ismail Hashim menambah, kini satu demi satu cawangan parti pembangkang ditubuhkan oleh bekas ahli Umno.

“Hujung minggu ini mereka menubuhkan tiga cawangan PKR dalam DUN Pauh,” katanya.

DUN itu diwakili oleh Datuk Seri Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalullail, adinda Raja Perlis.

Ismail, juga bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, berkata bekas ahli-ahli Umno di DUN Chuping juga akan mengambil tindakan yang sama.

“Selang tidak lama kemudian, cawangan-cawangan PKR akan ditubuhkan di DUN Titi Tinggi dalam parlimen Padang Besar,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan terhadap Umno negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Tambah Ismail, yang dikaitkan dengan bekas ketua penerangan Umno negeri Hashim Suboh yang kini terpinggir dalam politik parti itu, fenomena ahli Umno keluar parti dan menubuhkan cawangan PKR akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, kira-kira 300  bekas ahli Umno dalam DUN Pauh akan menyerahkan borang keahlian mereka kepada ahli parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul di sebuah hotel di Kangar, Sabtu ini.

Satu sumber PKR negeri mengesahkan program tersebut tetapi tidak pasti dengan jumlah penyertaan ahli-ahli Umno itu.

Ismail juga mendakwa seorang bekas ahli jawatankuasa Umno Arau akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Johari, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dilantik pemimpin angkat PKR Perlis.

Katanya, mereka akan menubuhkan tiga cawangan PKR – bandar Arau, Padang Telela dan Kubang Siput – dalam masa terdekat.

Manakala 105 bekas ahli Umno yang tidak puas hati dengan mesyuarat cawangan dan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) akan menubuhkan cawangan PKR di Chuping.

Ismail menambah, ahli-ahli Umno Perlis juga tidak puas hati dengan tindakan menteri besar melantik bekas ahli Parti Melayu Semangat 46, Datuk Idrus Kassim sebagai setiausaha sulit kanan.

“Manakala Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selain menjadi ketua penerangan Umno Perlis telah dilantik sebagai penasihat kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya lagi, ada ahli Umno yang berpendapat “lebih baik menjadi ahli pembangkang daripada menjadi ahli Umno”.

 

Sumber : Suara Keadilan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: