AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for June 18th, 2009

Najib, Gani Patail dan Musa Hassan perekacipta tuduhan liwat.

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

(TV Antara) – Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.

Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.

Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Tuduhan liwat | Leave a Comment »

Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

(TV Antara) – Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Tuduhan liwat | Leave a Comment »

Sultan Johor tidak setuju bina jambatan ketiga

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

“Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu,” titah baginda.

Jika benar bagai dititahkan Baginda maka derhaka lah Najib jika diteruskan juga projek ini.

Sumber : Berita Harian

Posted in Berita | Leave a Comment »

Wanita Keadilan : PKR Parti Perintis Iktiraf Wanita Dalam Politik

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

Pimpinan tertinggi Wanita Keadilan menyambut baik peruntukan 30% kedudukan dalam parti untuk golongan wanita di setiap peringkat Cabang, Negeri dan Pusat.

Peruntukan ini sekaligus memenuhi keperluan Piagam Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan dasar Wanita Negara bersabit kuota itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | 2 Comments »

Fenomena Bekas Umno Perlis Sertai PKR Berterusan

Posted by amkpermatangpauh on June 18, 2009

Semakin ramai ahli dan penyokong Umno di Perlis akan menyertai PKR dalam tempoh terdekat ini, kata seorang bekas pemimpin Pemuda Umno Perlis.

Ismail Hashim menambah, kini satu demi satu cawangan parti pembangkang ditubuhkan oleh bekas ahli Umno.

“Hujung minggu ini mereka menubuhkan tiga cawangan PKR dalam DUN Pauh,” katanya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »