AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Anwar mohon mahkamah tarik balik kes liwat.

Posted by amkpermatangpauh on June 17, 2009

(TV Antara) – Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk ditarik balik pertuduhan liwat ke atas beliau.

Beliau turut meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 1 Julai.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Anwar Sankara Nair petang tadi.

Menurut Sankara, pertuduhan itu adalah satu lagi konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik anak guamnya.

Beliau berkata pertuduhan itu berniat jahat, menindas dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

“Walaupun wjujud keterangan-keterangan sah dari pakar-pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat sebagaimana yang didakwa oleh pengadu, pihak pendakwaan telah masih meneruskan pendakwaan jahat terhadap Anwar,” kata Anwar.

Ini permohonan kedua Anwar dalam tempoh seminggu. Rabu lalu, Anwar memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengarahkan Pejabat Pendakwaraya menyerahkan bukti kes yang relevan kepada pembelaannya.

Penyerahan itu adalah termaktub dalam Kanun Acara Jenayah bagi memastikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan terbaik.

Walaupun perbicaraan akan bermula kurang dua minggu, pejabat Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Permohonan itu akan didengar Isnin depan.

Advertisements

One Response to “Anwar mohon mahkamah tarik balik kes liwat.”

  1. farah idayu ayu said

    al’juburi!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: