AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR pertikai keputusan Speaker gantung 7 MP

Posted by amkpermatangpauh on June 16, 2009

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat pagi semalam menggantung tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ekoran tindakan menjerit dan memakai lilitan “Bubar DUN”.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka keluar Dewan Rakyat menggambarkan pendirian BN tidak boleh menerima pandangan yang berbeza.

“Malah ia membangkitkan persoalan, sekali lagi tentang sikap memihak Pandikar sebagai Speaker Parlimen,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan.

Semalam Pandikar menggantung Nizar kira-kira lima minit selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Enam yang lain ialah Ahli Parlimen Gopeng, Beruas, Padang Serai, Pokok Sena, Kuala Kerai dan Kuala Selangor.

Mereka digantung selama dua hari dan boleh hadiri semula sidang Dewan Rakyat, yang bermula semalam, esok.

Sumber : mStar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: