AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKFZ ‘ibu’ segala skandal: Kit Siang

Posted by amkpermatangpauh on June 16, 2009

2867901 KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul  tergempar dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung isu skandal Zon  Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Usul ditolak atas alasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menubuhkan dua jawatankuasa untuk mengkaji isu terbabit selain Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut menjalankan siasatan mengenai isu tersebut.

Pada sidang media selepas penolakan usul tersebut, Lim mempersoalkan tindakan Ong kerana tidak hadir pada sesi pembukaan Parlimen semalam.

“Adakah Ong amat pasti bahawa usul tergempar berkenaan skandal PKFZ hari ini (semalam) akan ditolak oleh Speaker dan beliau sekarang berada di luar negara?

“Sepatutnya tugas utama beliau sebagai Menteri adalah menghadiri sidang Parlimen dan bukannya melarikan diri ke luar negara seperti Menteri Pengangkutan dahulu, Datuk Seri Chan Kong Choy pada November 2007,” katanya.

Sementara itu, menurut notis usul kepada Speaker bertarikh 11 Jun, Lim menegaskan supaya disegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM12.5 bilion PKFZ selain menggelar isu ini ‘ibu segala skandal’.

“Laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai PKFZ yang diumumkan pada 28 Mei lalu langsung tidak memuaskan kerana terma rujukannya dihadkan kepada ‘a position review’ (kajian semula kedudukan) dan bukannya siasatan menyeluruh.

“Hanya dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja, di mana setiap satu bekas Menteri Pengangkutan, Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga PKA, serta semua pegawai kerajaan yang berkenaan dalam Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan dipanggil dan memberikan keterangan.

“Selain itu, sebab mengapa skandal RM1.1 bilion pada 2002 di bawah Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik meningkat empat kali ganda menjadi RM4.6 bilion di bawah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy pada 2007 dan kini melonjak dua kali ganda lagi menjadi RM7.453 bilion dan menuju ke angka RM12.5 bilion di bawah Menteri Pengangkutan sekarang patut disiasat,” katanya.

Lim berkata, sejak 30 Mei lalu, beliau telah membangkitkan tiga pertanyaan setiap hari mengenai PKFZ tetapi tiada sebarang jawapan yang memuaskan daripada pihak Kementerian Pengangkutan.

“Sungguhpun Perdana Menteri mengarahkan secara terbuka pada 29 Mei supaya Menteri Pengangkutan menjawab segala pertanyaan yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak mengenai laporan PwC ke atas PKFZ, tiada perbezaan berlaku,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: