AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Nizar antara 7 MP Pakatan diarah keluar Dewan

Posted by amkpermatangpauh on June 15, 2009

ffparDatuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan melaungkan slogan “bubar DUN” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak. Turut diarah keluar adalah beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat.–fotoTHE STAR

ffpar 3 Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media di lobi Parlimen bersama sebahagian ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas diarah keluar dari Dewan oleh Speaker kerana ingkat arahan supaya menanggalkan lilitan ‘Bubar DUN’–fotoTHE STAR

KUALA LUMPUR: Bekas?? Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar daripada Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan “BUBAR DUN” Perak.

Pandikar ketika ditemui wartawan sebentar tadi berkata, mereka diarah keluar kerana berpakaian tidak menghormati tatasusila Parlimen dan menimbulkan kekecohan dengan ingkar arahan.

Nizar dan enam wakil rakyat terbabit tidak dibenarkan masuk Dewan Rakyat selama dua hari sehingga esok.

Wakil rakyat yang lain ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Tiga yang lain ialah wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kuala Kerai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan.

Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.

Beberapa wakil berkenaan cuba memasuki semula Dewan Rakyat tetapi diarah keluar Speaker dan Timbalan Speaker – sehingga sesi ditangguhkan tengah hari tadi – atas alasan mereka terikat dengan hukuman selama dua hari itu.

Ketika ditanya komen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penggunaan lilitan dibenarkan di Parlimen negara-negara lain, Pandikar menegaskan, ini adalah Parlimen Malaysia dan harus patuhi peraturan ditetapkan.

Oleh itu katanya, jika hendak berbuat demikian mereka boleh jadi Ahli Parlimen negara berkenaan.

Berbanding lazimnya, ekoran insiden itu, Pandikar yang ternyata kecewa tidak menyampaikan ucapan mengalu-alukan kedatangan wakil rakyat baru.

Anwar pada sidang media berkata, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan.

“Parlimen patut benarkan, tidak harus diambil tindakan tegas,” katanya di lobi Parlimen.

Sehubungan itu jelas beliau, Pakatan akan menulis surat kepada Speaker agar menggugurkan hukuman ke atas kesemua tujuh wakil rakyat berkenaan.

Terdahulu kira-kira pukul 10.03 pagi tadi, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut. Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan “BUBAR DUN”, keluar.

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit.

Sumber : mStar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: