AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Zaid Ibrahim Sah Sertai Parti Keadilan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on June 13, 2009

zaid1 BANGI, 13 Jun (Bernama) — Bekas Menteri di Jabatan Perdana  Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada  Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan  Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres  Nasional Khas PKR 2009 di sini Sabtu, Ketua Umum PKR Datuk Seri  Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat    kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu  penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

“Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan,” katanya.

Anwar berkata sehubungan itu pada mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang akan datang yang dijangka membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan jentera sekretariat Majlis Pakatan pembangkang itu, beliau akan mencadangkan supaya Zaid dilantik bagi membantu sekretariat tersebut.

Ditanya kedudukan Zaid dalam PKR, Anwar berkata disebabkan oleh kewibawaan dan pengalamannya, Zaid akan dilantik menganggotai Biro Politik parti serta ahli majlis kepimpinan pusat selepas parti mengadakan mesyuarat dan seterusnya mendapat persetujuan presiden.

Sementara itu, Zaid yang turut hadir sidang media berkenaan berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu.

“Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.

“Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan,” katanya.

Zaid berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR dan selepas lama berehat dan hari ini adalah hari yang paling sesuai kerana ia juga hari yang dianggap bersejarah dalam PKR.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep “multi-racial” yang diperjuangkan parti itu.

Sumber :  BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: