AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for June 13th, 2009

Anwar Ibrahim : Chin Peng Seharusnya Dibenarkan Pulang

Posted by amkpermatangpauh on June 13, 2009

Anwarcongress BANGI, 13 Jun (Bernama) — Bekas setiausaha agung Parti Komunis  Malaya (PKM) Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air  untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan,  kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ia adalah konsisten dengan dasar negara yang  mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun  membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum  ini.

“Kita sudah ada perjanjian damai, kita sudah bawa balik beberapa  tokoh termasuk Musa (bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad), Shamsiah  Fakeh, Rashid Maidin dan beberapa yang lain, jadi bagi saya atas pertimbangan kemanusiaan konsisten dengan dasar kita, kita maafkan.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Zaid Ibrahim Sah Sertai Parti Keadilan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on June 13, 2009

zaid1 BANGI, 13 Jun (Bernama) — Bekas Menteri di Jabatan Perdana  Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada  Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan  Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres  Nasional Khas PKR 2009 di sini Sabtu, Ketua Umum PKR Datuk Seri  Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat    kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu  penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Anwar: Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda Perubahan

Posted by amkpermatangpauh on June 13, 2009

Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang akan diluluskan hari ini adalah untuk membolehkan parti itu bergerak dengan lebih rancak ke arah mengisi Agenda Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata segenap lapisan anggota PKR mahukan “ perlembagaan yang menzahirkan semangat dan Agenda Perubahan”

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »