AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Bagaimana Corak PKR Setelah Pembaharuan Dilakukan?

Posted by amkpermatangpauh on June 12, 2009

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu untuk meluluskan pembaharuan yang dicadangkan, yang antara lain mengesyorkan agar pemilihan terus presiden dan menghadkan tempoh jawatan presiden parti.

Pembaharuan itu kemungkinan diluluskan oleh kira-kira 2,000 perwakilan tanpa banyak masalah dan PKR akan mencerminkan dirinya sebagai lebih demokratik dan parti yang menarik kepada anggota akar umbi.

Persoalan kini ialah mengenai masa depan parti, yang ditubuhkan kira-kira 10 tahun lepas ekoran Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik berkata untuk parti itu hidup secara bersendirian, PKR hendaklah mengadakan strategi jangka panjang dan bukan hanya meminda perlembagaan parti untuk menjadikan ia lebih demokratik.

“Bagi menjadikan parti itu hidup bersendirian, ia hendaklah memikirkan realiti parti tersebut dengan atau tanpa Anwar,” kata Dr Oh Ei Sun.

Beliau berkata PKR hendaklah menghadapi realiti parti itu tanpa penasihatnya, Anwar dan memastikan semua perubahan dilaksanakan berbanding dengan keadaan sekarang di mana kebanyakan kuasa nampaknya berpusat pada Anwar.

Ini memandangkan, walaupun perwakilan memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden pada pemilihan PKR lepas.

“Walaupun dengan peruntukan yang ada dalam parti, dengan presiden parti dipilih oleh perwakilan, Anwar masih lagi berkesan dalam menguruskan parti tersebut. Dengan itu satu pusingan pembaharuan baru hanya akan bermakna jika parti tersebut menunaikan kata-katanya,” kata beliau.

Selain meminda perlembagaan parti itu untuk membenarkan perubahan yang lebih demokratik, Dr Oh berkata PKR juga perlu memutuskan mengenai makna yang jelas terhadap peranaan Anwar dalam parti, sama ada mengehadkan pada peranan menasihat atau membenarkan beliau untuk mengurus parti tersebut dengan berkesan.

“Adakah mereka benar-benar mengamalkannya? Katalah, jika keputusan parti itu tidak disukai oleh pemimpin parti, Bagaimana keputusan itu diterima dan dilaksanakan?” kata beliau sambil memberikan contoh pada pemilihan PAS yang tamat hujung minggu lepas sebagai satu contoh yang jelas

Bagi James Wong, penganalisis politik, apa yang penting bagi PKR ialah parti itu mengambil langkah yang lebih dalam mempertubuhkan parti berkenaan daripada terus dengan pendekatan yang kini berdasarkan individu.

“Anda hendaklah melakukannya, jika tidak anda tidak boleh hidup. Anda mesti ingat bahawa perbicaraan kes liwat Anwar bulan depan. Anda tidak boleh bergantung pada satu atau dua orang individu untuk hidup,” kata beliau.

Wong berkata bahawa kini adalah masa yang baik untuk PKR mempertubuhkan agar parti tersebut bergerak dengan atau tanpa Anwar.

Seorang lagi penganalisis politik Khoo Kay Peng bagaimanapun melihat pengertian ini bahawa parti itu hanya berdasarkan kepada Anwar adalah tidak tepat.

Beliau berkata pada pilihan raya umum tahun lepas, parti itu hampir menerima satu pendirian berdasarkan pada isu dan bukan isu individu yang membabitkan Anwar.

“Anda tidak lihat banyak kapasiti di sekeliling beliau lagi. Lebih pada isu asal dan malahan bangkit bercakap mengenai banyak perkara lain. Bagaimanapun, masih tidak dapat diragukan, parti itu belum lagi keluar daripada dibayangi oleh Anwar,” kata beliau.

Apa yang parti itu perlukan pada masa akan datang ialah untuk mengasah bakat sekumpulan pemimpin kerana PKR kian berkembang dan tidak boleh didominasi oleh individu tertentu dan pada masa yang sama, lebih memilih mengenai calonnya untuk pilihan raya umum akan datang.

“Jika mereka tidak mengasah bakat satu pasukan, mereka akan menghadapi kesukaran mencari individu lain untuk menggantikan Anwar. Mereka perlu bekerja dan mengukuhkan siapa yang akan berkuasa, mempertubuh dan membina satu jawatankuasa yang lebih tetap,” kata beliau.

Bagaimanapun, pengarah strategi PKR Tian Chua berkata dengan meminda perlembagaan parti esok, menunjukkan bahawa PKR bergerak ke arah mewujudkan pergerakan yang berorientasikan parti yang moden dengan nilai-nilai progresif dan demokratik serta program pembaharuan.

“Inilah proses untuk membina institusi politik moden untuk tadbir urus yang baik,” tambah beliau.
Sumber : BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: