KUALA KRAI, 12 Jun (Bernama) — Puteri Umno akan mengadakan kursus dan latihan untuk anggotanya sebagai persediaan dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata program itu adalah sebahagian daripada gerakan Puteri Umno dengan menumpukan kepada pengundi muda selain menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan menggunakan teknologi terkini.