N12 : Imbasan UKP on duty..
Posted by amkpermatangpauh on June 11, 2009
Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu sayap dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.
Menurut Pegawai Pemerintah unit ini saudara Mazlan (gambar) semasa awal penubuhannya hanya terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari ini UKP telah mempunyai hampir seramai 300 orang ahli yang berdaftar.
Antara tugas utama UKP adalah mengiringi pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.Pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial seperti membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran dan juga kematian.
Bagi PRK N12 ini anggota-anggota UKP telah beroperasi dari Bilik Gerakan Utama mereka yang terletak di Taman Guar Perahu.
Gambar-gambar yang dirakam semasa PRK N12
Saudara Mazlan semasa PRK P044 suatu masa dulu..
Tahniah dan syabas kepada semua anggota-anggota dari UKP Permatang Pauh yang telah menjalankan
tugas dengan penuh kesabaran dan amanah!!
This entry was posted on June 11, 2009 at 12:45 am and is filed under Gambar, PRK N12 Penanti. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply