AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Kerajaan perpaduan: Jangan terpengaruh dengan spin master

Posted by amkpermatangpauh on June 9, 2009

MAC 18 – Nampaknya isu kerajaan perpaduan mendapat olahan pelbagai pihak. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Utusan melalui penulisnya juga mempunyai pendirian dalam konteks ini. Namun, tulisan itu (baca disini) llebih dilihat dari perspektif spin master untuk menimbulkan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Sebagai antara pihak yang awal melaporkan perkara ini, suka saya tegaskan, apa yang saya faham dari kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah: menjadi pra syarat kepada unity government ini adalah persetujuan semua pihak tanpa perpecahan khasnya dari Pakatan Rakyat sendiri.

“Bagaimana hendak menubuhkan kerajaan perpaduan jika di kalangan Pakatan Rakyat pun berpecah atau tertinggal kerananya,” kata Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Shamsuri kepada saya.

Ini bermakna, PAS akan pergi untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam keadaan semua parti dalam Pakatan Rakyat bersatupadu untuk bekerjasama demi kepentingan negara.

PAS akan pergi jika kerajaan perpaduan itu akan membawa bersama PKR dan juga DAP yang menjadi rakannya sekarang. Katalah apa yang hendak dikata kepada PAS, tetapi itulah syarat utamanya. Ini kerana, bagi kebanyakan pemimpin PAS, itulah amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.

Kerana berpegang kepada amanah itulah juga maka ura-ura muzakarah PAS-Umno selepas keputusan pilihan raya 2008 lalu mendapat tentangan hebat pimpinan dan juga akar umbi Pas sendiri.

Jadi tidak berbangkit akan berlaku kembali perpaduan atas nama kerjasama antara Pas dan Umno untuk kepentingan Melayu. Ini kerana, Pas sudah terlalu banyak pengalaman dengan Umno. Umno hanya akan menghulurkan tangan untuk berpadu apabila dia tersepit sahaja.

“Pedihnya masih terasa,” kata Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya di Kota Bharu 16 Mac semalam. Beliau mengulas apa yang dinamakan kerajaan perpaduan ini berdasarkan apa yang beliau faham iaitu Pas bekerjasama dengan Umno sebagaimana Pas menyertai BN dahulu.

Sebab itulah, apabila timbul isu ini, antara penentangan yang diterima adalah ‘Apa perlunya Pas bekerjasama dengan Umno kini. Selepas Umno nak mati kita kerjakan, kita nak hantar ambulan pula’.

Turut ditimbulkan adalah, ‘Kita sekarang hendak berperang di tiga bukit, parang sedang diasah, takkan kita hendak tumpulkan parang kita dengan kerajaan perpaduan ini. Teori betul tetapi masa sangat tidak sesuai.’

Bagi saya, isu ini mudah sahaja. Ia adalah persoalan masa juga. Masa yang kritikal kini adalah peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib. Tanyalah kepada siapa sahaja, mereka akan memberikan jawapan negatif kepada Najib. Jadi inilah masanya satu alternatif diberikan kepada Yang Dipertuan Agung untuk melantik PM baru.

Dalam masa yang sama, ramai kalangan pemimpin Umno sendiri melihat perkara ini dari perspektif mereka. Kenapa beberapa hari menjelang perhimpunan agung Umno, jelas sangat usaha besar-besaran dibuat untuk menyekat pemimpin-pemimpin tertentu.

Pemimpin-pemimpin yang menghadapi masalah itu pula dilihat yang rapat dengan Abdullah. Di sana ada Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria. Di sana juga ada Datuk Seri Azalina Othman Said. Selain itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaludin juga menghadapi masalah. Yang pasti, semua mereka bukan rapat dengan Najib.

Jadi persoalannya, kenapa? Ini perlu dilihat dari perspektif jelas iaitu semacam ada usaha untuk menyekat mereka untuk memudahkan kerja dan laluan Najib nanti.

Nik Aziz sendiri berkata, jika benar BN mahu bekerjasama dengan Pas kenapa melakukan kerja sebagaimana yang berlaku di Perak baru-baru ini?

Ramai melihat, apabila bekerjasama dengan Umno bermakna bekerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh bakal presiden Umno iaitu Najib yang terlalu banyak ‘extra beggage’ itu.

Sebab itu dari awal lagi, saya lihat, Pas tidak akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan jika Najib adalah pemimpin atau perdana menterinya. Ini kerana, pemimpin hendaklah orang yang diterima oleh semua pihak.

Sikap para pemimpin Pakatan terhadap Najib, dari awal lagi, telah ditunjukkan iaitu negatif. Presiden dan Mursyidul Am Pas secara terang telah mencadangkan agar Datuk Seri Abdullah kekal sebagai PM. Namun sebagaimana diketahui, agak sukar untuk Abdullah kekal kerana janjinya dan juga titah Yang Dipertuan Agung di Parlimen baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar juga secara jelas menolak Najib yang beliau sifatkan sebagai ‘menghulurkan ranting zaitun untuk perpaduan tetapi dalam masa yang sama menghunus keris ke arah mereka’.

Lalu datanglah cadangan alternatif iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak akhir-akhir ini nampak sudah mula berfikir di luar kotak pemikiran biasa Umno.

Jadi ini sahaja pilihan yang ada, pada pandangan saya. Usahlah kita terpengaruh dengan spin master Umno ini. Usahlah cuba pecahkan Pakatan Rakyat. Para penyokong Pakatan pula usahlah terpengaruh dengan usaha untuk memecahkan mereka itu.

Copy dari sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: