AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Mansor Angkat Sumpah Sebagai TKM1 Pulau Pinang

Posted by amkpermatangpauh on June 3, 2009

PULAU PINANG, 3 Jun (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, Rabu. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman. Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor. Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I. “Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri,” katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.

Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. “Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat,” katanya. Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim. — BERNAMA

 

TAHNIAH!!! dan selamat menjalankan tugas kepada beliau, jalankanlah amanah yang telah diamanahkan oleh rakyat Penanti sebaik mungkin, laksanakanlah segala piagam yang telah dijanjikan semasa kempen Pilihanraya yang lepas.

Diharap semoga akan tiada lagi blog seperti AlahaifairusTKM1 atau seangkatan dengannya akan muncul pula selepas ini.. begitu juga diharap tiada lagi para bloggers yang mendakwa menyokong Pakatan Rakyat akan menterbalikkan gambar beliau pula, sebagaimana yang telah diperlakukan terhadap Fairus sebelumnya.

Kepada Dr. Mansor ingatlah pesan ini.. KALAU MEMANDANG BINTANG DILANGIT, RUMPUT DIBUMI DILUPA JANGAN!!  juga ingatlah bahawa rakyat diPenanti telah melantik YB sebagai ADUN yang membolehkan YB menjawat jawatan TKM1 Pulau Pinang, Rakyat diPenanti juga boleh melucutkan jawatan tersebut dari YB atau dalam lain bahasa..

RAKYAT HIRED!! RAKYAT FIRED!!

…Di taman bunga banyak kera,

…Makan kacang sampai terlena,

…Kuasa yang ada hanya sementara.

…Ingat Allah dimana-mana…

 

….Ambik sirih dalam celepa,

….Sirih datang dari penaga,

….Rakyat jelata jangan dilupa,

….Undi mereka amat berharga.

Pantun dipinjam dari sini

TAHNIAH sekali lagi dan selamat menjalankan tugas!!!

Advertisements

One Response to “Mansor Angkat Sumpah Sebagai TKM1 Pulau Pinang”

  1. rita said

    Tahniah di atas kejayaan Dr. Mansur Othman di atas perlantikan sebagai TKM I.

    – Zurita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: