Apa depa kata, bila projek depa runtuh?
Posted by amkpermatangpauh on June 3, 2009
AMAT MEMALUKAN NEGARA!!!, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.
“Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa,” katanya selepas meninjau stadium itu .-Bernama
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi ini, memandangkan bangunan itu baru dibina.
Beliau berkata perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak .
“Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme,”
Bernama
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan semua empat kompleks sukan dan 10 stadium seliaannya diperiksa tahap keselamatannya segera.
Arahan itu diberikan Menteri Beliau dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berikutan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu, pagi tadi.
–Berita Hairan
Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said announced that the state government will appoint an independent consultant to look into the mishap.
“When it was used for the Malaysian Sports games (Sukma) a temporary Certificate of Fitness was given by the Public Works department, although none is required for a government building,” he said.
Estimating RM25 million in damages, Ahmad said a Korean contractor was appointed to construct the roofing structure for the RM292 million stadium but declined to elaborate.
–The New Straits Times Online
Amat memalukan negara??? Bila 19 akhbar seluruh dunia mendakwa Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya tak malu? Bila Speaker DUN Perak diheret keluar oleh Polis.. tak malu??
Kata nak menyisat dengan menyeluruh.. tapi kenapa tak mahu siasat samada penyelewangan berlaku atau tidak?? Adakah bahan-bahan yang digunakan mengikut piawaian atau tidak?
Dah runtuh satu baru terhegeh-hegeh nak periksa keselamatan stadium yang lain.. macam kat Bukit Antarabangsa dan Highland tower hari tu.. tak runtuh, tak peduli selamat atau tidak..
Pandai sungguh Mat Said ni mencongak ya… Consultant tak tengok lagi dia dah boleh letak nilai kerugian.. mmm
sharifa mas said
betull…………betull…..betulllllllll!
widy said
ya sabar saja namaya juga musibah… buat keluarga yang ditinggalkan kami turut mengucapkan bela sungkawa..
kami dari Indonesia ingin bersilaturahmi dengan masyarakat malaysia… kunjungi bisniskita777.blogspot.com
membar pencen Lembah Keramat said
Inilah Projek UMNO pada pendapat saya yang bertanggong jawab pembesar UMNO Terengganu kerana mereka pasti dapat habuan masing-masing cara pembahagian habuan cuba lihat felam P Ramli dalam Nujum Pak Belalang.
Muhamkar NS said
Kontraktur kontraktur yang membena bangunan runtuh tu tak lain gerombolan UMNO dah pasti. Mereka ni nak cari untung saja tiada kualiti, yang menjadi mangsa adalah rakyat.
zam chenaam said
itulah projet yg tak berkat dan tak direstui pihak tertentu……………… be end perasuah kuat……………………….