PULAU PINANG, 3 Jun (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, Rabu. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
Archive for June 3rd, 2009
Mansor Angkat Sumpah Sebagai TKM1 Pulau Pinang
Posted by amkpermatangpauh on June 3, 2009
Posted in Berita | 1 Comment »
Manohara: Jangan biar isu ini jadi kes Altantuya – Pemuda PAS
Posted by amkpermatangpauh on June 3, 2009
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengambil serius isu pergolakkan rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dengan Isterinya, Manohara Odelia Pinot yang mengadu didera secara seksual, fizikal dan mental.
Posted in Berita | Leave a Comment »
Apa depa kata, bila projek depa runtuh?
Posted by amkpermatangpauh on June 3, 2009
AMAT MEMALUKAN NEGARA!!!, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.
“Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa,” katanya selepas meninjau stadium itu .-Bernama
Posted in Berita | 5 Comments »