AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Syabas dan terima kasih rakyat Penanti : Anwar

Posted by amkpermatangpauh on June 1, 2009

KUALA LUMPUR, 1 Jun (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan amat berterima kasih kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kerana bekerja keras bagi menentukan kemenangan besar di Dun N12. Penanti.

“Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Dr. Mansor Othman dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti,” kata Anwar.

“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan KeADILan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

“Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Dr. Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,” tambah beliau.

“Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat,” kata Anwar lagi.

Anwar berharap, amanah yang diberi rakyat itu akan mendorongkan Dr. Mansor untuk bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan Dr. Mansor, Anwar berkata walaupun peratusan mengundi rendah, tetapi ia adalah satu kemenangan yang meyakinkan.

Sementara itu, Dr. Mansor pula berkata, beliau sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, beliau akan mendapatkan tunjuk ajar daripada Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim pula berkata, beliau menyokong pelantikan Dr. Mansor sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan akan mengangkut sumpah Rabu ini.

Katanya, beliau mengalu-alukan pelantikan Dr. Mansor yang merupakan seorang pemimpin yang berkemampuan dengan kelulusan akademik yang cemerlang untuk membantunya mentadbir negeri Pulau Pinang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: